Hiburan

Anak Azian Mazwan Sapuwan Terlibat Kemalangan, Sudah 13 Hari Koma Di Hospital

gempak
Fiza Kamarudin
09/12/2019
09:22 MYT
Sponsor Banner
Anak Azian Mazwan Sapuwan Terlibat Kemalangan, Sudah 13 Hari Koma Di Hospital
Anak kepada penyanyi era-80an Azian Mazwan Sapuwan, dilaporkan sudah hampir dua minggu berada dalam keadaan koma di hospital.
Gempak difahamkan, Mohamad Aqil Zulkarnain dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Mohamad Aqil dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang, kerana cedera parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan.
Terbaru menerusi kemaskini suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain di laman sosial Facebook (FB) pada Ahad, anak mereka Mohamad Aqil kini dalam keadaan koma untuk memulihkan hati dan limpanya, selepas dibius sejak 13 hari lalu.
Ahrar turut memohon doa sahabat handai dan orang ramai untuk mendoakan Mohamad Aqil dan memohon maaf seandainya anak mereka pernah membuat kesalahan dengan sesiapa pun.
Selain itu, Azian dan Ahrar turut mengucapkan syukur serta terima kasih tidak terhingga kepada semua sanak saudara dan sahabat yang sudi menziarahi Mohamad Aqil di hospital serta sudi menghulurkan bantuan.
Sementara itu di ruangan komen FB kedua-dua pasangan suami isteri itu, rata-rata sahabat dan pengikut mendoakan Mohamad Aqil diberikan kesembuhan.
Azian yang juga pelantun suara lagu Cinta Embunan Pagi dan Rumah Kecil Tiang Seribu pernah menyertai Gegar Vaganza musim kedua pada tahun 2015.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024