Ramai ibu bapa akan rasa rimas atau malas nak layan bila anak-anak banyak bertanya, terutama soalan berangkai atau soalan yang memang dah ada jawapan!

Contohnya macam “kenapa buah epal warna merah”, kenapa air laut masin”, “kenapa kita tak duduk di Sabah, barulah cepat masuk waktu berbuka…”

Soalan brangkai pula macam "burung apa tu ayah?". Ayah menjawab "burung murai!". Kemudian anak tanya pula "Murai tu apa?"...

Kedengaran comel tapi kalau dah kerap kali tanya…Macam mengujilah pula kan? Boleh bikin naik darah!

Tengoklah macam si Syukur ni, pening mak dia nak menjawab:

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)


Comelkan? Saksikan keletah adik Syukur ketika berpuasa dalam siri pendek Syukur yang dipersembahkan oleh Mc Donalds ini, pada setiap Selasa jam 5 petang di platform media sosial Fecebook dan Instagram Astro Gempak.

Jangan risau jika anak anda cerewet atau kaki komplen dan banyak bertanya macam Syukur sebab itu petanda mereka sedang ‘explore’ keadaan sekeliling.

Menurut penelitian dari Journal of Individual Differences, terdapat hubungan antara kecerdasan dengan keterbukaan terhadap pengalaman baru dan rasa ingin tahu.

Malah, Albert Einstein pun pernah berkata, kebijaksanaan dan keistimewaan dimiliki beliau adalah kerana rasa ingin tahu yang mendalam!

Rasa ingin tahu anak-anak sebenarnya telah mendorong mereka untuk memahami tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

Betul, kadang-kadang bila dah selalu sangat bertanya…ibu bapa naik muak dan ada yang sampai hilang sabar.

Yang sebenarnya ibu bapa perlu memberi respon dan banyak bersabar apabila berdepan situasi tersebut.

Jangan marah-marah kerana ia akan membantutkan keinginan anak untuk bertanya dan mengetahui lebih banyak benda.

Jangan bantutkan perkembangan kognitif serta motorik anak anda okay! Tengok macam mana ibu Syukur melayan kerenah anaknya!

Banyak lagi gelagat Syukur yang mencuit hati tau! Nak tahu apa lagi yang berlaku? Nantikan episod yang seterusnya.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)