Laman Utama
Anak Baru 5 Bulan, Isteri Sedang Hamil 4 Bulan... Tahniah! Opick Bakal Sambut Zuriat Ketujuh
Penyanyi lagu ketuhanan, Opick bakal bakal menimang cahaya mata ketujuh tahun ini.
Isterinya, Bebi Silvana memaklumkan dia kini hamil anak kedua.
Justeru, Bebi memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi dan memohon orang ramai untuk mendoakan kandungannya.
"Alhamdulillah, acara sempena empat bulan kehamilan saya yang kedua. Majlis itu berjalan lancar malam kemarin.
"Saya minta rakan-rakan mendoakan agar proses bersalin nanti lancar.
"Semoga keadaan saya dan bayi saya semuanya okay tiada kekurangan apapun, Amin," kongsinya.
Perkongsian di Instagram itu menerima respon baik daripada netizen yang rata-ratanya tumpang gembira dan mendoakan kebaikan buat Bebi serta kandungannya.
Terdahulu, pasangan di negara seberang itu menyambut kelahiran cahaya mata sulung pada Julai tahun lalu.
Opick sebelum ini mempunyai lima orang anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri pertamanya, Dian Rositaningrum.
Isteri keduanya pula, Wulan Mayasari meninggal dunia pada Mac 2018 selepas keguguran ketika sarat hamil lapan bulan.
Kemudian, Opick dan Bebi mendirikan rumah tangga pada 17 Disember 2018.
Must-Watch Video