Laman Utama

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"

gempak
Azwa Rahman
02/07/2022
13:23 MYT
Sponsor Banner
Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Pelawak Ajak Shiro meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya Mohamad Jad Thaqif, 10, membeli sebuah telefon pintar dengan hasil wang yang dikumpulnya selama ini.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 36, dia pernah berhasrat membelikan telefon pintar tersebut untuk anaknya namun ditolak oleh Jad kerana mahu berusaha sendiri.
“Dia usaha kumpul duit, lama dah. Kita nak belikan, dia taknak. Nak belajar usaha katanya.
“Dia kumpul duit masa tolong atok dia. Duit raya dia, tiap hari pulak buat kerja rumah, bila dia tolong nanti ibu bagi upah. Tahniah Jad, akhirnya,” luah Ajak.
Ajak turut berkongsi video momen sewaktu anaknya membuka telefon pintar yang baharu dibelinya di akaun Instagram miliknya.
Tambah Ajak, dia puas dapat melihat anaknya tersenyum kerana segala usaha untuk memiliki telefon pintar dengan wang sendiri berhasil.
“Baba puas tengok Jad ketawa. Baba tau Jad ketawa sebab Jad tak percaya Jad dapat,” katanya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa sebak melihat senyuman berbaloi anak Ajak setelah memegang telefon pintar tersebut di tangannya.
“Anak soleh, semoga berjaya dunia akhirat,” doa seorang wargamaya.
“Dia akan lebih menghargai sesuatu barang tu dengan duit hasil usaha dia bang, congrats Jad,” puji seorang wargamaya.
“Wahh tahniah Jad, good boy,” ujar seorang wargamaya.
“Tahniah Jad! Terharu dan sebak tengok video ni. Well done,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 26,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live