Umum mengetahui usahawan popular, Neelofa masih lagi enggan mengumumkan tentang status kehamilannya.

Sungguhpun kelihatan dirinya semakin sarat, namun, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor itu masih utuh mengunci mulut. Seperti biasa, Neelofa masih menjalankan kerja-kerja harian seperti menguruskan bisnes dan pertubuhannya.

Menyorot perkongsian terkini di Instagram, Neelofa yang turut mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa dilihat baru sahaja selesai melawat Nasyrul Quran, iaitu kilang percetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia.

Menariknya, kilang yang serba cantik berkenaan terletak di Malaysia, iaitu di Putrajaya.

A post shared by Neelofa (@neelofa)


Pada ruangan kapsyen, Neelofa melahirkan rasa kagum terhadap sesi lawatannya itu dan berharap apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua.

“Pertubuhan Kasih Neelofa berkesempatan melawat Nasyrul Quran, Putrajaya iaitu kilang mencetak Al-Quran kedua terbesar di dunia.

“Masya-Allah, rasa satu kesempatan yang sangat berharga bagi kami untuk dikongsikan kepada semua,” katanya sambil berkongsi rakaman video ketika dia berada di sana.

Menerusi ruangan komen, ramai yang terkejut kerana rupanya ada kilang percetakan besar terletak di negara kita

“Masya-Allah. Hebatnya Malaysia. Baru tau,” tulis seorang pengikutnya.

Dalam masa yang sama, ramai peminat turut memuji penampilan Neelofa menerusi video berkenaan.

“In love betul dengan Lofa. Duk ralik tengok dia je,” luah seorang peminat.

“Yes, sis pun duk tengok Lofa masya-Allah makin comel,” balas seorang lagi peminat tanda setuju.

Selain itu, terdapat juga pengikut yang ikut teruja melihat Neelofa melawat tempat yang indah dan baik-baik.

“Alhamdulillah Lofa… anak belum lahir lagi dah merasa melawat tempat-tempat yang indah,” ujar peminat berkenaan.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan belahan jiwanya, pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada 27 Mac lalu.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, keadaan tubuh Neelofa semakin menampakkan yang dirinya sedang hamil.

Sungguhpun ditebak oleh media dan juga peminat, namun, baik Neelofa mahupun keluarganya masih mengunci mulut mengenai status kehamilannya.