Anak lelaki Ben Affleck, Samuel Garner Affleck telah menyebabkan kemalangan kecil terhadap dua buah kereta mewah.

Samuel yang baru berusia 10 tahun dilaporkan menyebabkan kemalangan apabila mencuba sebuah Lamborghini berwarna kuning sebelum berada dalam kedudukan mengundur lalu melanggar sebuah kenderaan mewah lain jenis BMW.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada kenderaan tersebut telah berada dalam keadaan hidup sebelum Samuel masuk dan cuba duduk di kerusi pemandu.

Menurut laporan media tempatan, Affleck dan tunangnya, J.LO bersama Samuel berada di sebuah kedai sewa kereta di Los Angeles sewaktu kejadian tersebut berlaku.

Meski tuan punya kedai mengakui tidak berlaku kerosakan dalam pelanggaran tersebut, namun usia Samuel yang baru 10 tahun dan Affleck membenarkan dia memandu menjadi perdebatan.

Apalagi harga sebiji Lamborghini yang dipandu Samuel tersebut dianggarkan mencecah nilai RM1.1 juta. Jika disewa, ia perlu dibayar pada kadar RM6,500 sehari.