HIBURAN
Anak Beri Restu Cinta Liam Neeson Dengan Pamela Anderson Janda Lima Kali
Cinta itu buta, tidak kenal usia dan tidak boleh dipisahkan jika hati sudah suka.
Begitulah barangkali perkataan yang sesuai diberikan buat pasangan veteran Hollywood, Liam Neeson, 73, dan Pamela Anderson, 58.
Pada saat hubungan mesra mereka dikatakan hanya gimik melariskan filem terkini,
The Naked Gun, ramai dalam kalangan selebriti termasuk keluarga pasangan ini yang memberi restu jika memang benar Neeson dan Anderson sedang menjalin cinta.
Anak hasil perkahwinan Anderson bersama Tommy Lee, Brandon, terlebih dahulu memberi restu hubungan ibunya dengan Neeson.
“Saya rasa mereka pasangan hero-heroin yang sesuai. Mereka punya chemistry yang kuat di depan layar dan ‘segalanya’…”ujar Brandon seperti dilaporkan People.
Brandon tidak berseorangan apabila anak lelaki Neeson, Daniel, 28, turut memberi restu terhadap hubungan mereka.
Daniel dilihat meninggalkan emoji hati pada rangkaian foto bapanya yang bersama aktres yang terkenal dengan lakonannya dalam drama Baywatch itu di Instagram Anderson.
Malah bekas kakak ipar Neeson, Joely Richardson juga merestui hubungan Neeson dengan Anderson.
Anderson yang kini memilih tampil polos tanpa solekan sudah lima kali menjanda dengan empat lelaki berbeza.
Neeson pula sudah 16 tahun menduda selepas kematian isterinya, Natasha Richardson yang meninggal dunia dalam insiden ski. Mereka berkahwin selama 15 tahun dan memiliki dua anak.
Must-Watch Video