Anak kepada penyanyi Hollywood popular Beyonce, Blue Ivy Carter telah mendapat pencalonan dalam Anugerah Grammy ke-63 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Memetik laporan Celebrity Insider, Blue Ivy telah dimasukkan sebagai featured artist untuk penampilannya dalam muzik video lagu ibunya yang berjudul Brown Skin Girl.

Lebih menarik lagi, Blue Ivy mendapat pencalonan dalam anugerah berprestij itu pada usia semuda lapan tahun!

Lagu tersebut pula dicalonkan dalam kategori muzik video terbaik. Selain Beyonce dan Blue Ivy, penyanyi kelahiran Nigeria, WizKid juga turut dimasukkan dalam pencalonan tersebut.

Difahamkan, pada mulanya pihak Recording Academy hanya mengumumkan Beyonce seorang ketika pengumuman pencalonan bulan lalu, kemudian mereka baru sahaja memasukkan nama Blue Ivy dan WizKid dengan mengemas kini laman web mereka.

Selain ditampilkan dalam muzik video Brown Skin Girl, Blue Ivy juga menyanyikan beberapa potongan lirik dalam lagu tersebut.

Anugerah Grammy ke-63 bakal diadakan pada 31 Januari 2021. Adakah Blue Ivy akan meraih kemenangan? Sama-sama kita nantikan!

Sumber : Celebrity Insider
Kredit Foto : Page Six