Anak Bongsu Najib, Norashman Selamat Bernikah! Ramai Ucap Tahniah - "Alhamdulillah..."

Mya Amri
Disember 17, 2023 03:52 MYT
Anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nikola Mulyadi.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Norashman menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya pada Sabtu.

Hantaran itu juga disertakan dengan foto merakamkan dirinya bersama Nikola lengkap berbusana putih di dalam sebuah kereta.

“Sealed the deal, Alhamdulillah! Here’s to a new chapter my dear,” tulisnya.

Bersama hantaran itu juga disertakan tanda pagar #nikah #wedding #justgotmarried.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata netizen, rakan selebriti dan kenalan turut mengucapkan tahniah termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Difahamkan Norashman dan Nikola sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada April lalu.

#Kahwin #Anak #Nikah #Datuk Seri Najib Tun Razak #Datin Seri Rosmah Mansor #Bekas Perdana Menteri #Najib #Rosmah #Nikola Mulyadi #Norashman