BERITA

“Anak Bujang 2 Orang Tak Kahwin Lagi, Si Ibu Pula Ketagih Nak Bersanding...”- Dikecam Kerana Mahu Jadi Pengantin, Ini Jawapan Padu Che Ta!

Syafiqah Jalal 04/09/2019 | 06:30 MYT
Pelakon Rozita Che Wan yang terkenal dengan penampilannya yang suka melawa dikecam warganet gara-gara dia mahu kembali menjadi pengantin.
Menerusi entri di akaun Instagram miliknya, Rozita atau Che Ta bertanyakan pendapat bagaimana sekiranya jika dia jadi pengantin sekali lagi.
“Onz lagi tak kalau usia-usia begini jadi pengantin,” tulisnya.
Dalam entri tersebut Che Ta turut memuat naik fotonya yang anggun menyarung busana pengantin berona hijau daun pisang.
Namun entri tersebut mendapat kecaman beberapa warganet.
Rata-rata menyifatkan Che Ta sebagai tidak sedar diri kerana usianya yang semakin lanjut.
“Nampak sangat tua sudah... Anak bujang dua orang tak kahwin lagi, si ibu pula ketagih nak bersanding,” komen salah seorang netizen.
Che Ta tidak berdiam diri malah terus membalas dengan nada agak marah.
“Aku kalau nak bersanding 1000 kali pun kau pehal? Mintak duit mak bapak kau? Ke tak ada jantan nak kau? Sedih lah hidup kau ni!” balasnya.
Namun, terdapat satu lagi komen yang membuatkan Che Ta tidak boleh duduk diam apabila seorang warganet mengingatkannya tentang kematian.
“Jadi pengantin okay lagi Che Ta, yang kita takut jadi jenazah,” komen netizen lain.
Tidak berdiam diri, Che Ta membalas komen tersebut.
“Semua orang akan jadi jenazah, tapi tak semua orang sempat jadi pengantin,” balasnya.
Pun begitu, terdapat ramai pengikut dan peminatnya yang suka dan mahu melihat Che Ta bersanding lagi.
“Gila tak onz? Meletop lagi tau!
“Macam anak dara cantiknya.
“Anak dara pun pitam tengok body macam ni,” antara komen yang memujinya.
Che Ta yang turut terkenal dengan penampilan berbulu mata palsu itu dikurniakan tiga orang anak, Aaisyah Dhia Rana termasuk dua orang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.
Aaisyah merupakan anak hasil dari perkahwinan terkininya dengan pelakon Zain Saidin.
#Anak #Che Ta #Rozita Che Wan #Bersanding #Pengantin