Pelakon Hanis Zalikha berasa terkilan kerana terpaksa menolak jemputan untuk menghadiri sebuah majlis disebabkan mahu menjaga dan menidurkan anaknya di rumah.

Menurut Hanis, walaupun alasan itu boleh dianggap perkara remeh, namun dua anaknya, Yusuf Iskandar dan adiknya Alisa Aisyah sedang dalam fasa untuk ditidurkan olehnya.

Perkara itu dikongsi Hanis menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Entri tersebut memaparkan foto suaminya, aktor Hairul Azreen menonton televisyen bersama anak-anak mereka.

"Sweet tengok TV sama-sama, baru sekejap tadi I kena turn down invite pergi event.

"Bukan kali pertama, rasa benci gila perasaan nak bagi sebab kenapa tak boleh pergi iaitu sebab timing tu time anak nak tidur dan diorang fasa nak kena juga Mommy yang tidurkan,"
tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Hanis menegaskan ibu bapa tidak harus berasa malu jika terpaksa menolak perkara lain demi menjaga anak di rumah kerana anak merupakan keutamaan.

"Terasa orang pandang rendah sebab sikit-sikit tak boleh, ada je alasan anak.

"Nampaknya kena belajar perlahan-lahan dan didik diri jangan malu, kita bukan loser atas pilihan itu, sebab anak bukan alasan, anak keutamaan,"
tambahnya mengakhiri kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Hanis yang menganggap anak harus diberikan keutamaan.

Ala sweet tengok tv sama-sama. Baru sekejap tadi I kena turn down invite pergi event. Bukan kali pertama. Rasa benci gila perasaan nak bagi reason kenapa takleh pergi; iaitu sebab timing tu time anak nak tidur. Dan diorang fasa nak kena jugak Mommy yang tidurkan. Macam tak bestnya nak sebut benda tu (maka pilih untuk minta maaf je). Like you’re not the only one with a small baby and kid, manage your life and get it together already! No excuses! Tapi ughhh susahnya. Tengok orang lain buat, diorang pula hebat-hebat juggle macam-macam. Terasa orang pandang rendah sebab sikit-sikit tak boleh (ada je alasan hal anak). Nampaknya kena belajar perlahan-lahan. Dan didik diri jangan malu, kita bukan loser atas pilihan tu. Sebab anak bukan alasan, anak keutamaan.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on


Imbas kembali, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iatu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.