Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Anak Bunda Hetty Koes Endang, Afifah Selamat Menikah, Mas Kahwin Guna Riyal

Maliah Surip 21/11/2020 | 04:30 MYT
Anak perempuan pesohor muzik Indonesia, Hetty Koes Endang, Afifah Qomariah Yusuf selamat bernikah dengan pasangannya, Faldo Arsa da Aziz pagi tadi di Jakarta.
Dalam majlis pernikahan yang dijalankan secara sederhana, tertutup dan mengikut protokol kesihatan pandemik Corona itu, Afifah dan Faldo rasmi menjadi suami isteri dengan sekali lafaz.
Puteri penyanyi yang terkenal dengan gelaran Bunda dan disayangi ramai sebagai juri tetap program Gegar Vaganza itu bernikah di Hotel Four Season, Jakarta.
Afifah menerima mas kahwin yang merupakan sepersalinan alat solat, satu set perhiasan emas berlian dan wang dari matawang Real 88 Saudi Arab Riyal yang dibayar tunai.
Sebaik mengetahui berita pernikahan Afifah, banyak yang memberi ucap tahniah buat Hetty Koes Endang dalam Instagramnya.
Apa lagi, pelantun lagu Berdiri Bulu Romaku itu turut memuat naik sepotong video saat proses akad nikah sang puteri dengan kekasihnya berlangsung.
Afifah dinikahkan sendiri oleh bapanya, M Yusuf dalam suasana santai.

A post shared by Hetty Koes Endang (@hke57)

"Kita terus?," kata Yusuf sambil menggengam erat tangan bakal menantunya.
"Sudah pernah", usik Yusuf, dijawab Faldo: "Belum".
Sebelum menikah pagi tadi, anak kedua Hetty Koes Endang ini menjalani adat bersiram semalam dan majlis dilakukan dalam beberapa acara mengikut adat Sunda serta Bugis.
Afifah, 24, bertunang dengan Faldo sekitar Jun lalu, juga dilakukan dalam protokol kesihatan kerana pandemik Covid 19.
Instagram: @hke57
;