“Anak Cacat Tak Boleh Terima, Apa Jenis Suami Kau Ni!” - Netizen Emo, Gelar Zafran Laki Tak Guna
Mya Amri
30/04/2022 10:32 MYT
30/04/2022 10:32 MYT
“Abang janji abang tak akan tinggalkan Riya” - Ungkapan hanya sekadar di mulut Zafran, untuk melunaskannya belum tentu.
Episod drama Jangan Menangis Cinta minggu ini berbolak balik dengan emosi dan mengusik jiwa netizen.
Lebih-lebih lagi saat anak Riya, Cinta Aryana dilahirkan tidak sempurna apabila sebelah kakinya cacat.
Sebagai seorang suami, Zafran sepatutnya sentiasa berada di samping isteri memberikan semangat dan sokongan, namun perkara itu sama sekali tidak berlaku.
Bahkan Zafran sebagai ayah tidak dapat menerima ketentuan takdir dikurniakan anak istimewa.
Tidak cukup setakat itu, Zafran juga mudah terpedaya dengan kata-kata hasutan Nek Tok dan mummy.
Disebabkan itu netizen semakin membenci Zafran dan melabelkannya sebagai suami tak guna serta tidak bertanggungjawab.
Untuk mengetahui episod seterusnya, saksikan Jangan Menangis Cinta, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.