,
Laman Utama

Anak Che Ta Masih Hisap Botol Susu Walaupun Dah 7 Tahun, Netizen Mengusik - “Cemana Nak Keluar Dengan BF Ni”

Azwa Rahman
22/06/2021
13:01 MYT
Anak perempuan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian ramai apabila masih menghisap botol susu meskipun sudah berusia tujuh tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Aaisyah berkongsi sebuah video dirinya sedang berehat sambil minum susu sebelum pembelajaran secara dalam talian berlangsung.
“Before online class start,” tulis Aaisyah di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian berdurasi empat saat itu, Aaisyah leka menghisap botol susu dan kemudiannya tersenyum di hujung video.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Aaisyah yang masih minum menggunakan botol susu walaupun sudah memasuki darjah satu.
Ada juga yang turut mengusik satu-satunya anak perempuan Che Ta dan Zain itu.
“Aaisyah hahaha, kena bagi adik baru ni,” usik seorang wargamaya.
“Che Ta tak kisah pun Aaisyah hisap botol. Banyak mak mak takut anak hisap botol takut gigi tak cantik. Kalau dah baka cantik tu macam mana pun cantik,” komen seorang wargamaya.
“Ee tak malu dah besar isap botol lagi.. hehe sama la macam i dulu,” kongsi seorang wargamaya.
“Macam mana nak keluar dengan boyfriend kalau dok pulun hisap botol lagi ni, jem arr,” kata seorang wargamaya.
“Hey dah besar pun menyusu lagi ke Ecah oit haha comel la,” tulis seorang wargamaya.
“Sama macam anak aunty. Umur 10 tahun pun hisap botol lagi. Takpa janji hang minum perabih bukan bawak sampai tidoq na,” pesan seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.
Sekadar info, Che Ta, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan Aaisyah yang kini berusia tujuh tahun.
Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zain Saidin Tak Risau Aaisyah Suka Bersolek, Anggap Bersiap Bukan Satu Masalah - “Dia Dalam Fasa Membesar…”

gempak
11/10/2024
06:55 MYT
Pelakon, Zain Saidin tidak bimbang dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang disifatkan sebagai gemar bersiap.
Hiburan

“Sebagai Ibu Saya Kena Lindungi Anak Saya, Jenaka Seksual Bukan Perkara Main-Main” - Rozita Che Wan

gempak
20/09/2024
12:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa kesal terhadap individu yang bertindak melemparkan kata-kata kesat terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Rozita Che Wan Sakit Mata Lihat Wanita Tak Bersiap - “Pantang Tengok Keluar Rumah Rambut Basah”

gempak
24/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan berpendapat amalan penjagaan diri dan penampilan amat penting bagi setiap wanita.
Hiburan

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

gempak
21/08/2024
13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.
Unitar