Laman Utama

Anak Che Ta Minta Produk ‘Skincare’ Sebagai Hadiah Hari Lahir - “Banyak Lagi Mummy Tak Beli…”

gempak
Asyikin Mayudin
03/11/2023
09:55 MYT
Sponsor Banner
Anak Che Ta Minta Produk ‘Skincare’ Sebagai Hadiah Hari Lahir - “Banyak Lagi Mummy Tak Beli…”
Sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya iaitu Aishah Dhia Rana, pelakon Rozita Che Wan bertanyakan kepada puteri kesayangganya mengenai hadiah yang diinginkan.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta ingin mengetahui apa produk penjagaan kulit yang Aishah mahukan.
“Aishah, mummy nak tanya… hadiah hari jadi yang Aishah nak. Mummy dengar Aishah nak skincare, skincare apa?” soal Che Ta.
Menjawab pertanyaan itu, Aishah memberi empat jenama produk penjagaan kulit yang perlu dibeli oleh ibunya.
“Skincare produk… ada banyak, Glow Recipe, Drunk Elephant, The Ordinary, Sol De Jeneiro… banyak lagi mummy tak beli,” kata Aishah.
Bagaimanapun, Che Ta sambil ketawa memberitahu dia tidak mengetahui satu pun produk yang disebut oleh anaknya kecuali jenama lokal.
“Ini aku tak tahu semua benda, tak pernah dengar. Yang mummy tahu, apa dia… skincare Safia Rania saja. Aduh, binatang apa yang hang sebut,” seloroh Che Ta.
BACA SINI: “Takut Reput Je Muka Hang…” - Che Ta Tegur Aaisyah Sebab...
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live