Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Dah Habis Belajar, Che Ta Hadiahkan Percutian Luar Negara & Kursus Golf Profesional - “Sebabnya…”

Izwan Isa
18/10/2022 06:50 MYT
Baru-baru ini, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta melahirkan rasa gembira selepas dua anak bujangnya, Aniq Ezra dan Ammar Effendy berjaya menamatkan pengajian dalam bidang pengajian masing-masing.

Menerusi kemas kini di Instagram, terpancar rasa bangga dalam diri Che Ta, selain melahirkan rasa syukur melihat kejayaan anak-anak yang disayangi.

Justeru, tidak hairan jika Che Ta turut mengeluarkan sedikit ‘belanja’ dan memberikan anak-anaknya hadiah sempena kejayaan yang ditempa.

“Untuk Aniq, lepas dia grad, saya bagi dia trip pergi Australia. Dia melancong ke Sydney dan Melbourne. Pagi tadi (semalam) baru sampai balik ke Kuala Lumpur selepas dua minggu berada di sana.

“Untuk Ammar pula, saya bayarkan dia yuran untuk sukan golf profesional. Dia kata ok, saya pun ok sahaja. Lagipun dia memang suka sangat main golf,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Che Ta berkata, hadiah kepada anak-anaknya selari dengan usaha yang ditunjukkan selama ini.

“Sebabnya dia, of course bila mereka dah belajar, daripada tingkatan 1, masuk MRSM, kemudian ke KYS pula dan seterusnya Taylor’s University… kira hadiahlah untuk kerja keras mereka.

“Aniq insya-Allah akan sambung belajar, kalau tak salah salah dalam jurusan Economic Banking. Tapi Ammar tak dengar pula dia akan sambung sebab dia tengah suka main golf, sehinggakan dia sudah pun bergelar duta untuk jenama Guilty bagi sukan tersebut,” katanya menutup perbualan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Rozita Che Wan #Ammar Effendy #Aniq Ezra
;