Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Anak David Beckham Bertunang Dengan Bekas Kekasih Anwar Hadid

Asraf Aided 12/07/2020 | 07:45 MYT
Anak kepada pasangan terkenal David dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham telah melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Nicola Peltz.
Memetik laporan FOX News, Brooklyn, 21, turut berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya semalam.
"Dua minggu lalu, saya tanya kekasih hati saya, adakah dia sudi untuk berkahwin dengan saya, jawapannya adalah ya!
"Saya lah orang yang paling bertuah di dunia, saya berjanji akan menjadi suami dan seorang bapa yang terbaik suatu hari nanti," tulisnya menerusi kapsyen.
Tidak berdiam diri, Nicola, 25, membalas kata-kata manis tunangnya itu di ruangan komen.
"Saya sangat bertuah kerana memiliki awak," tulisnya.

Two weeks ago I asked my soulmate to marry me and she said yes xx I am the luckiest man in the world. I promise to be the best husband and the best daddy one day ❤️ I love you baby xx

A post shared by ?? (@brooklynbeckham) on

Difahamkan, pasangan ini mula mendedahkan tentang hubungan mereka sejak Januari tahun ini.
Terdahulu, Nicola pernah menjalin hubungan cinta bersama adik model terkenal Gigi Hadid, Anwar Hadid, namun hubungan mereka terputus di tengah jalan.
Brooklyn juga pernah bercinta dengan pelakon Chloe Grace Moretz sebelum ini.
Sumber : FOX News
#Brooklyn Beckham #Tunang
;