VIRAL
Anak Dedah Ibu Terpedaya Dakyah Program Motivasi Rumah Tangga Songsang - "Modul Lebih Banyak Bicara Seksual..."
Seorang pengguna media sosial tampil mendedahkan penglibatan ibunya dalam sebuah program motivasi rumah tangga yang kini menjadi perhatian ramai di media sosial susulan pendekatannya yang didakwa songsang dan tidak selari dengan nilai agama.
Menurut individu tersebut yang enggan dikenali, ibunya merupakan antara peserta aktif yang pernah terlibat secara langsung dalam program berkenaan. Malah, ibu beliau pernah dilantik sebagai pengacara majlis bagi beberapa sesi ceramah pagi yang dianjurkan oleh pengasas program terbabit.
Ibunya difahamkan hanya berhenti daripada menyertai program tersebut kira-kira dua tahun lalu setelah menyedari bahawa modul yang dibawa pengasas program semakin menjurus kepada elemen seksual yang keterlaluan.
“Aku boleh 'spill' pasal program itu sebab mak aku salah seorang yang terpedaya dengan dakyah. Kitorang bergaduh teruk bila dia habis puluh-puluh ribu sertai program.
“Mujur mak aku mula berhenti sendiri dua tahun lepas bila dia perasan modul itu dah lebih banyak berbicara seksual. Walaupun belum sampai level 'Cloe', tapi mak aku pernah jadi pengacara majlis untuk ceramah-ceramah pagi pengasas berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Threads pada Sabtu.
Terdahulu, seorang lagi individu di Facebook turut mendedahkan kronologi situasi sebenar sepanjang penganjuran program motivasi tersebut yang berlangsung di Shah Alam pada September lalu.
Menurutnya, insiden yang mencetuskan kontroversi berlaku pada malam terakhir program itu, iaitu pada 30 September, ketika berlangsungnya satu sesi tertutup yang disertai kira-kira 50 peserta wanita.
Dalam pendedahan sama, individu berkenaan turut menyatakan bahawa bukan sahaja ibunya pernah terlibat, malah beberapa individu yang pernah memegang jawatan penting dalam organisasi program turut mengambil keputusan untuk berundur kerana merasakan pendekatan yang digunakan semakin tidak wajar.
Fenomena program tersebut turut dikaitkan dengan pengguna lain yang mengakui ibunya juga menyertai program berkenaan secara dalam talian. Katanya, dia pernah menerima modul daripada ibunya yang menyuruhnya membaca bahan program, namun belum sempat bertanya secara terus mengenai perkara itu.
"Mak aku pun sama weh. Tapi setakat ini hanya kelas online sahaja. Mak aku siap bagi modul program terbabit itu kepada aku suruh baca. Cuma sekarang aku tak 'confront' lagi pasal ini. Aku rancang nak tanya depan-depan," tulisnya.
Selain itu, seorang bekas peserta awal program turut berkongsi pengalamannya menyertai kumpulan perbincangan percuma pada peringkat awal penubuhan.
Katanya, dia tidak pernah menyertai versi berbayar dan akhirnya memilih untuk keluar kerana merasakan pendekatan program tersebut tidak konsisten dengan nilai-nilai agama.
"Awal-awal dulu pernah duduk dalam grup dia. Tak pernah masuk yang berbayar punya. Tapi tak berkenan sebab tengok tak selari dengan pembawakan dia dengan ayat-ayat agama dia tu. Akhirnya keluar grup itu. Tahun 2018 ke 2019 macam tu," tulisnya.
Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Threads turut berkongsi pengalamannya mencuba produk minuman yang dikaitkan dengan program berkenaan ketika fenomena itu sedang popular dalam kalangan wanita.
Katanya, dia hanya sempat membeli dua botol dan tidak mengalami kesan luar biasa seperti yang dilaporkan oleh segelintir bekas peserta.
“Aku dapat beli dua botol sahaja waktu itu. Bila aku baca ada yang jadi macam ‘gila’ lepas minum, dulu aku minum tak ada pula rasa nak menari! Mungkin waktu itu cendawan dalam dos sedikit kot," ujarnya.