Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak Didik Glenn Fredly, Yura Yunita Mahu Kongsi Perjalanan Liku Hidup Dalam Konsert Tutur Batin Live In Kuala Lumpur, Tiket Serendah RM180 Je!

Shahrin Zulkifle
09/12/2022 11:00 MYT
Pemenang Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2022, Yura Yunita bakal menghiburkan peminat di Malaysia dalam konsert Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur.

Konsert yang dibawakan oleh syarikat Urusan Renjana Idea itu bakal berlangsung pada 2 Februari 2023 dan memilih Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasinya.

Penganjur Yakin Dengan Karya Yura

Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar mengatakan sangat berbesar hati membawa Yura ke Malaysia kerana mahu berkongsi bahagia.

“Karya karya Yura mempunyai statement yang kuat dan selalu berbicara tentang semangat mahupun inspirasi dalam kehidupan. Ia banyak menyentuh tentang kelebihan dan kekurangan manusia sehingga mengajak kita semua perlu kuat percaya diri.

“Lagu lagunya seperti Dunia Tipu-Tipu, Cinta dan Rahasia, Tutur Batin antara bukti betapa karya Yura sangat memberi inspirasi kepada kita semua. Dan kerana itulah Renjana Idea mahu semangat ini dikongsikan dalam Pertunjukan Tutur Batin,” ujarnya.

Yura Teruja Mahu Hiburkan Peminat Malaysia

Yura yang juga rakan duet mendiang Glenn Fredly menerusi lagu Cinta itu meluahkan rasa gembira untuk mendengarkan karyanya di Malaysia, sementelah dirinya juga mempunyai kelompok peminat yang sering mahu melihat dirinya beraksi di tanah air.

“Lamaran ini tidak harus dilepaskan. Sejak daripada album pertama sehingga Merakit dan kini Tutur Batin, ada banyak momen yang ingin saya kongsikan bersama peminat menerusi karya karya yang terhasil.

“Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur akan menjadi ruang intimasi saya dan peminat berbagi rasa dan meraikan kehidupan yang penuh liku tetapi tidak pernah patah semangat juang,” ujar Yura.

Untuk info, Yura Yunita cukup terkenal sebagai salah seorang pelaku seni yang kerap mengangkat lagu tradisional Sunda lalu disandingkan bersama genre fusion dengan pop moden. Antara karyanya adalah Bandung.

Single pertama yang dihasilkannya adalah Balada Sirkus pada 2014 selepas menyertai pertandingan realiti The Voice dan sempat menjadi anak didik mendiang Glenn Fredly. Antara lagu hit lainnya adalah Intuisi, Pekat dan Berawal Dari Tatap.

Tiket Tutur Batin Live In Kuala Lumpur

Oleh itu untuk menyaksikan persembahan Yura Yunita pada 2 Februari 2023 di Zepp Kuala Lumpur kelak, sila semak butiran dan harga tiket seperti di bawah.

Untuk sebarang tempahan tiket sila layari goliveasia.com.

#Yura Yunita #Gleen Fredly #Live in KL