Hiburan

Anak Dimasukkan Ke Hospital, Haziq Hussni Mohon Doa Semua Pihak

gempak
Zulaikha Yusof
03/10/2018
08:15 MYT
Sponsor Banner
Anak Dimasukkan Ke Hospital, Haziq Hussni Mohon Doa Semua Pihak
Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni memohon kepada semua pihak untuk mendoakan agar anak keduanya, Chayra Auliya kembali sihat seperti biasa.
Menerusi entri di Instagram miliknya, Haziq memberitahu Chayra menghidap batuk dan selesema yang teruk.
Haziq juga mengakui penyakit batuk dan selesema itu berpunca daripada dirinya sendiri.
A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on
Disebabkan Haziq tidak mengasingkan diri, virus itu merebak kepada anak kecilnya yang baru berusia hampir dua bulan.
Chayra telah dimasukkan ke KPJ Tawakkal Specialist Hospital untuk pemantauan doktor.
Rata-rata netizen turut berkongsi tips supaya Chayra cepat sembuh.
"@norhazirahmuhamad: Cuba guna minyak asmak. Memanh bagus untuk kanak-kanak..Dewasa pun boleh guna..Saya guna untuk anak saya..Sapu minyak asmak esok pagi dah tak penat lagi. Alhamdulillah."
"@masyanissa: Cuba potong bawang..Lepastu letak dalam bilik baby..Kesian tengok dia macam tu."
"@cikjue91: Buatkan minyak bawang putih..Bawang putih bakar then lenyek dengan baby oil or minyak telon..Mandikan dengan lemon."
Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Muhamad Heidy Nufael yang berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live