Pelakon dan pengacara Elly Mazlein, 41, menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menganggap dia anak emas stesen televisyen.

Menurut Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata dia masih bekerja dengan semua pihak bukan hanya terikat dengan satu.

"Tiada istilah anak emas mana-mana stesen televisyen. Saya bekerja dengan semua.. yang mana saya dapat tawaran, saya terima. Saya tidak bekerja dengan satu stesen televisyen sahaja," katanya kepada Gempak.

Terbaru, menerusi sebuah enti di Instagram (IG), pelakon drama Kampung People seolah memberi bayangan ada pihak yang mencemburui dengan rezeki yang diperolehinya daripada Allah.

Justeru, duta 'Skuad Lembaran Baharu' bagi Ramadan Raya Astro 2021 menyatakan dia mungkin akan berehat daripada industri seni dan memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga.

"Usaha, hargai peluang ,buat yang sehabis baik ,tawakal dan yang paling benar. Semuanya dari Dia.. Insya-Allah Allah susun baik-baik untuk kita semua.

"Rezeki ada di mana mana. Hanya cepat dan lambat. Apapun kekal usaha dan semangat.

"Kepom pun dah tak lama dah dalam industri. Kepom nak jaga keluarga dan cuba jadi insan yang lebih baik, Insya-Allah," tulisnya.

Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 5. Mereka bercerai pada 15 Oktober 2015.

BACA: "Ada 'N To N', 'Jejak Ebit Lew' & 'Ramadan Pertama Edi' ... Astro Saji 100 Rancangan Menarik Sempena Ramadan & Raya 2021!