Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak FELDA Sambut Baik Gemencheh Boys!

Izwan Isa
27/10/2023 13:50 MYT
Filem Gemencheh Boys yang sudah pun ditayangkan di pawagam menerima sambutan yang sangat positif daripada penonton.

Bertepatan dengan tema, filem arahan Jason Chong ini tidak hanya diterima baik daripada orang awam, malam anak jati Gemencheh sendiri.



Menerusi beberapa hantaran media sosial, ada beberapa individu yang mengakui berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan telah menonton Gemencheh Boys.

“Apo laie anak-anak Moncheh, kampung kito dah masok wayang tu… moh kito ponuh an wayang sapot movie kampung kito #SapoLaieNakSapotKalauBukanKitoAnakAnakMoncheh

“Sey Banggo sebagai anak Moncheh. Nota: Ini adalah kisah benar dan watak utama (Cikgu Azman) adalah abang kandung kepada Engineer MBE iaitu Azahari (Brian/Mr. B),” katanya

Berikut merupakan beberapa lagi komen positif daripada penonton:





Selain itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut memberi reaksi baik terhadap filem ini.


“Gemencheh Boys: No Retreat! No Surrender! Banyak pula habuk masuk mata masa tengok #GemenchehBoys ni. Dari '6 Jahanam', anak-anak Felda Bukit Rokan Utara bangkit menjadi juara!

“Gemencheh Boys mula ditayangkan esok (semalam), jom semua pakat pergi tengok sama-sama.”

Sebuah adaptasi daripada peristiwa sebenar, Gemencheh Boys menampilkan kisah inspirasi sekumpulan budak kampung yang berjaya menempa sejarah dalam dunia sukan antarabangsa.

Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

[Tayangan perdana]

Gemencheh Boys dengan tagline ‘no retreat, no surrender’ memaparkan kisah kanak-kanak dari kampung yang digelar sebagai ‘Enam Jahanam’. Terkenal dengan sifat nakal, bagaimanapun karakter mereka berubah apabila seorang guru memperkenalkan permainan kriket. Menampilkan tema persahabatan, pengorbanan dan harapan, perjalanan pelajar-pelajar ini bersama gurunya menuju ke gelanggang dunia diceritakan dalam pelbagai emosi.

Selain Jason Chong, yang juga pemenang Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 2017, Gemencheh Boys turut mendapat sentuhan Eric Ong.

Filem ini membariskan pelakon Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tonggak utama.

Turut membintangi filem ini Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin dan Arumugam A/L Vedan.

Membabitkan kerjasama Astro Shaw dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, Gemencheh Boys bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober ini.

BACA:

#Gemencheh Boys #FELDA
;