Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Anak Hilang Di Pusat Membeli Belah, Siti Sarah Akui Salah Sendiri

Kamaruddin Razal 04/01/2017 | 09:48 MYT
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menceritakan pengalaman anak keduanya, Zakira Talita Zahra hilang di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.
Sarah berkongsi pengalamannya melalui detik cemas itu menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“Cinta hati ibu. Semalam satu pengajaran dalam hidup saya. Zakira Talita Zahra hilang di sebuah complex membeli belah di Kuala Lumpur. Ianya hanya perlukan lima saat untuk terjadi.
“Salah ibu ya, saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa orang nak cakap. Nak kata ikat kucing ke, ikat ...... ke, janji anak ibu tak hilang.
“Bila saya tanya Talita cakap, "Talita ikut orang baik". Walaupun sebelum ni puas saya ingatkan anak-anak supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali, tapi mereka hanyalah anak kecil.
“Siapalah saya untuk beri peringatan, tapi bermula dari kes inilah saya akan mengikat anak saya tanpa saya peduli apa orang nak kata.
“Janji anak-anak saya selamat. Kalau ada yang jual harness tu tolong bagi tau kat sini. Terima kasih kepada Puan Aisyah staff monorel yang menjaga Talita,” tulis Sarah.
Menerusi pemerhatian di ruangan komen, pengikut Instagram Sarah yang berada di tempat kejadian turut sama-sama berkongsi pengalaman mereka menempuhi detik cemas itu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Cinta hati ibu... Semalam satu pengajaran dalam hidup saya .. Zakira talita zahra hilang di sebuah komplax membeli belah d kuala lumpur! Ianya hanya perlukan 5 saat untuk terjadi.. Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa org nk ckp. Nk kta ikat kucing ke, ikat ...... ke, janji ank ibu tak hilang. Bila saya tnya Talita ckp "Talita ikut org baik". Walaupun sblm ni puas saya ingatkan anak2 supaya jgn ikut org yg tidak dikenali, tp mereka hanyalah anak kecil. Siapalah saya utk beri peringatan, tp bermula dr kes inilah saya akan mngikat anak saya tanpa saya peduli apa org nk kata. Janji anak2 saya selamat. Kalau ada yg jual harness tu tolong bagi tau kat sini ... Terima kasih kepada puan Aisyah stuff monorel yg manjaga Talita ..

A photo posted by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

#Siti Sarah #Anak Hilang
;