Pelakon Sherry Alhadad dilihat kantoi keluar dengan lelaki sado kategori ‘anak ikan’.

Pun begitu, Sherry tidak keseorangan malah bersama pelakon Eida Moin dalam salah satu babak drama The Maid episod bersama dua orang lelaki yang berbadan berotot.

Aktiviti Sherry yang memegang watak sebagai Suhana itu telah dikesan sendiri oleh suaminya, Jay yang dilakonkan oleh Norman Hakim.

Babak itu menarik perhatian pengikut laman sosial yang menonton The Maid episod 8 yang lepas.

“Anak ikan Suhana sado padu wei,” komen salah seorang penonton.

“Fitness instructor kah tu?” tanya salah seorang warga net.

“Eleh Jay tau gigil bini ada laki lain, dia menggatal tak ingat dunia,” berang salah seorang netizen.

Episod minggu lalu menimbulkan pelbagai lagi persoalan tentang siapakah pembunuh sebenar Elissa.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Saksikan drama The Maid setiap hari Rabu, pada jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).
Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand