Anak Jatuh Dari Katil & Benjol Di Dahi, Elfira Loy Kecewa Dengan Diri Sendiri, "Walaupun Dia Baik-Baik Saja, Saya Tidak ..."

Zulaikha Yusof
Jun 19, 2020 00:15 MYT
Pelakon Elfira Loy, 26, meluahkan rasa sedih dan kesal selepas putera sulungnya, Muhmmad Rayyan Khalaf telah mengalami kecederaan selepas terjatuh dari katilnya (cot).
Menurut Elfira, walaupun tidak jatuh dari ketinggian yang tinggi namun disebabkan terhantuk kelihatan benjolan besar di bahagian dahi.
"Beberapa hari yang lalu, kali pertama saya breakdown semasa menjaga Rayyan boi saya. Saya berasa tidak berguna dan bodoh. Saya kecewa dengan diri sendiri bagaimana saya membiarkan perkara itu berlaku.
"Saja nak kongsi sebab saya tak rasa sesiapa akan kongsi ini sebab sensitif kan nanti orang boleh fikir macam-macam cerita untuk nampak kita buruk tapi nilah realiti.
"Jadi, pada suatu hari Rayyan hanya berada di sebelah saya main main macam biasa di katilnya. El pulak tengah kemas baju dekat laci dia.
"Kemudian El rasa macam Rayyan nak tarik baju El tapi dia terhantuk kat laci dan jatuh dalam laci nasib baik tak tinggi sebab El bukak laci tu dan El sempat pegang dia tapi saya nampak benjol besar di dahinya berwarna biru.
"Saya gementar dan menangis. Saya minta maaf kepadanya seribu kali, rasa macam Ya Allah kenapa aku buat dia macamni," tulisnya di Instagram (IG).
Disebabkan terlampau panik, pelakon drama Tentang Bulan The Series terus menghubungi suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar untuk segera pulang ke rumah.
"Dan saya segera hubungi suami saya dan dia memandu terus ke rumah. Walaupun dia baik-baik saja, saya tidak.
"Macam nak give up dah sebab hari-hari rasa gementar takut benda ni jadi dan akhirnya dah jadi.
Omg takut. Nasib baik suami saya menenangkan saya. Terima kasih sayang.
"Dia (suami) memeriksa dengan rakannya, seorang doktor. Dia cakap takde pape cuma tuam dengan ais untuk mengurangkan lebam dan saiz bengkak. Selepas itu, El tuam je blow kat kain dan letak kat kepala dia," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut mengingatkan kepada golongan ibu bapa supaya terus ke hospital sekiranya bayi muntah selepas terjatuh.
"Sekiranya ini terjadi kepada bayi anda, kalau muntah terus bawa bayi ke hospital. Tapi, dia baik-baik saja. Mama je panik. Budak kuat saya @muhamadrayyankhalafofficia.
"Oleh itu, ibu-ibu yang dikasihi, jika anda brokedown dan anda memerlukan seseorang untuk bercakap dan mendorong anda untuk menjadi lebih kuat. Saya di sini! Saya tidak akan menilai anda, saya akan sentiasa menyokong kerana saya juga memerlukannya.
"Ahhaha taktahulah benda ni patut post ke tak, hentam jelah. Takkan nak kongsi yang suwit yang manis je. Jadi ini adalah sebahagian daripada perjalanan saya sebagai seorang ibu. Peace!" tulis Elfira.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia lapan bulan.
BACA: Mahu Anak Soleh, Elfira Loy Bacakan Satu Muka Surat al-Quran Sehari
#Elfira Loy #Jatuh #Benjol #Muhmmad Rayyan Khalaf