Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Jatuh Sakit, Rihana Oksana Luah Rasa Bersalah

Zulaikha Yusof
11/08/2019 05:28 MYT
Bekas isteri Sultan Kelantan, Rihana Oksana mendedahkan minggu lalu merupakan minggu yang menyedihkan dan memberi tekanan kerana anak lelakinya, Tengku Ismail Leon Petra jatuh sakit.

Menurut Rihana, Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga akibat kesilapannya.

"Minggu lalu antara minggu yang sungguh menyedihkan dan memberi tekanan kepada saya.

"Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi.

"Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal di luar bandar Moscow," tulis Rihana.

Dalam pada itu, Rihana berasa bersalah kerana terpaksa memberikan antibiotik dos yang tinggi kepada Leon.

Leon juga mengalami masalah untuk tidur serta tidak mempunyai selera untuk makan.

"Walaupun perkara itu sudah berlalu namun saya rasa sangat bersalah terhadap Leon.

"Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran.

"Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibu bapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit.

"Insya-Allah dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon.

"Kepada seluruh ibu bapa di luar sana, saya harap anak-anak kamu juga sihat, ceria dan baik-baik saja," luahnya.

Di samping itu, Rihana terpaksa menangguhkan percutian ke Sepanyol kerana doktor tidak membenarkan Leon menaiki kapal terbang dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Keluarga saya merancang untuk pergi bercuti musim panas ke Sepanyol namun doktor tidak membenarkan Leon menaiki pesawat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sehingga dia benar-benar sembuh.

"Menurut doktor, tekanan dari pesawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada Leon.

"Buat ibu bapa diluar sana, boleh tak kongsikan kepada saya, jika anak-anak kamu pernah mengalami penyakit sama seperti Leon dan berapa lama tempoh mereka tidak dibenarkan menaiki kapal terbang?

"Selain itu, umur berapakah waktu yang sesuai dan selamat untuk anak kecil menaiki pesawat?' tulisnya lagi.

Minggu lalu antara minggu yang sungguh menyedihkan dan memberi tekanan kepada saya. Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi. Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal diluar bandar Moscow. Walaupun perkara itu sudah berlalu namun saya rasa sangat bersalah terhadap Leon. Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran. Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibubapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit. Insya Allah, dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon. Kepada seluruh ibubapa diluar sana, saya harap anak-anak kamu juga sihat, ceria dan baik-baik saja. Keluarga saya merancang untuk pergi bercuti musim panas ke Sepanyol namun doktor tidak membenarkan Leon menaiki pesawat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sehingga dia benar-benar sembuh. Menurut doktor, tekanan dari pesawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada Leon. Buat ibubapa diluar sana, boleh tak kongsikan kepada saya, jika anak-anak kamu pernah mengalami penyakit sama seperti Leon dan berapa lama tempoh mereka tidak dibenarkan menaiki kapal terbang? Selain itu, umur berapakah waktu yang sesuai dan selamat untuk anak kecil menaiki pesawat?

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on


Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Rihana telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.

Pasangan itu dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.

Terbaru, teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana akhirnya terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
#Anak Sakit #Rihana Oksana
;