Hiburan
“Anak Kalau Demam Lebih 5 Hari Terus Check Darah” – Betty Banafe
Pelakon Betty Banafe, 39, akui lega apabila anaknya, Julia, 5, sudah semakin sembuh selepas mengalami demam yang berpanjangan.
Kata Julia, dia bimbang kerana keadaan anak perempuannya tidak kebah walaupun sudah diberikan ubat.
Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkongsi perkara itu menerusi akaun Instagramnya semalam.
“Struggle punya struggle demam tak kebah-kebah. Akhirnya kalah di pintu hospital. Teringat nasihat #sHahronizam suami #safura yang mana anak di bawah 5 tahun kalau demam lebih dari 5 hari terus check darah.
“Seram dengar dulu dia sampai kehilangan anak perempuannya tu. Innalillahi wainna ilaihi rajiun… Julia is on antibiotics, thanks to #driqbalkpj who is so supportive towards us, regardless the time that we call and text message to u continuesly. Alhamdulillah #juliadargus,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Julia kembali pulih dan sihat seperti sediakala.
Betty dan suaminya, Bruce Darghous telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012.
Pasangan ini telah dikurniakan anak perempuan bernama Julia dan anak lelaki, Bruce Dean Dargus yang kini berusia tiga tahun.