“Anak Kami Nampak Tidak Happy Dan Kelaparan”- Pengalaman Faizal Ismail Hantar Anak Ke Pengasuh

Syafiqah Jalal
Julai 6, 2018 05:11 MYT
Pemergian adik Adam Rayqal yang berusia 5 bulan dalam keadaan yang tragis dua hari lalu telah meruntun hati rakyat Malaysia termasuk pengacara Faizal Ismail.
Faizal Ismail yang tersentuh dengan kejadian itu turut berkongsi pengalaman menghantar anaknya ke pengasuh.
Menurusi perkongsiannya di laman Instagram (IG), Faizal memberitahu sebelum isterinya berhenti bekerja dia pernah menghantar anak pertamanya ke rumah pengasuh.
Namun dia menyedari anaknya tidak gembira serta sering kelaparan setiap kali pulang dari rumah pengasuh itu.
Tanpa berfikir panjang, dia meminta isterinya berhenti kerja dan menjaga anaknya di rumah walaupun gajinya ketika itu hanya RM1000 hingga RM1500.
Semantara itu, Faizal juga turut berkongsi pengalaman bagaimana mereka kehilangan bayinya yang baru berusia 10 hari.
Faizal memberitahu dia dan isteri amat pedih menerima kenyataan anak mereka meninggal dunia kerana masalah kompilasi jantung ketika itu.
Namun, dia gembira kerana selepas kehilangan anaknya itu dia dikurniakan tiga lagi cahaya mata.
Faizal dan isteri kini membesarkan empat orang anak mereka yang lain iaitu Nur Khairina Iman, 16, Muhammad Khalish Iman, 7, dan Khayla Nur Iman, 5 dan Qalisya, 1.
Foto: IG Faizal Ismail
Teks oleh: Syafiqah Jalal