Pelakon dan pengacara Azhar Sulaiman bangga apabila kedua-dua anak kembarnya, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin berjaya memperoleh dua lesen yang diidamkan mereka.

Kata Azhar, Leona, 18, kini lulus ujian dan bakal memperoleh lesen memandu pertamanya tidak lama lagi.

"Tahniah Leona sebab dah lulus ujian memandu JPJ. Harap staf JPJ tidak terpukau dengan TikTok dia tadi," tulisnya.

Sementara Rees kongsi Azhar bakal menduduki ujian untuk mendapatkan lesen kapal layar pada minggu hadapan.

"Selamat maju jaya Rees untuk Skipper License Test (lesen bawa kapal layar) minggu hadapan.

"Semoga you akan ada duit untuk beli kapal sendiri suatu hari nanti.

"Jangan pergi belayar tak pulang-pulang sudah," pesan Azhar.

Syukur Alhamdullillah.... 1- Tahniah Leona sebab dah Lulus her JPJ driving Test.Harap staff JPJ tidak dipukau dengn her Tiktok tadi. 2-All the best Rees for your Skipper License Test/lesen bawak kapal layar next week.Semoga you akan ada duit untuk beli Kapal sendiri one day nanti.Jangan gi belayar tak pulang pulang sudah.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on


Jelas Azhar, Rees bakal menjadi peguam maritim dan memerlukannya memiliki lesen untuk membawa beberapa jenis kapal termasuk kapal layar, kapal tongkang dan kapal kecil.

Azhar mendirikan rumah tangga dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.

Dalam perkembangan lain, Azhar bakal muncul menerusi filem Keluarga Iskandar The Movie yang akan ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.