Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi, Allah Sayangkan Syahid...- Bazli UNIC

Kamaruddin Razal
Jun 7, 2017 00:51 MYT
Anak kepada salah seorang anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan Che Osman, 33, meninggal dunia sebentar tadi.
Anak Bazli, Muhammad Syahid Bazli Hazwan, 4, yang menghidap penyakit kanser limfoma meninggal dunia sekitar jam 7.20 pagi tadi di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur.
Bazli memaklumkan berita sedih itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya, @bazliunic.
"Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan syahid.. Anakku...," tulis Bazli.
Anak Bazli yang merupakan salah seorang kanak-kanak autisme lahir pada 27 Oktober 2013.
Syahid mula didapati tidak sihat semenjak Disember tahun lalu dan pada awalnya, penyakitnya tidak dapat dikesan.
Setelah mengalami proses diagnosis, Syahid disahkan menghidap kanser limfoma tahap tiga pada Februari lalu.
Takziah Astro Gempak ucapkan kepada Bazli dan seluruh ahli keluarga atas pemergiaan Syahid.
Di bawah merupakan rakaman video terakhir Bazli bersama Syahid di IG yang dimuatnaik enam hari lalu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Bazli UNIC #UNIC