Laman Utama
Anak Krisdayanti Rancang Kahwin, Bakal Menantu Masih Belum...
Anak kepada penyanyi popular Indonesia Krisdayanti, Aurel Hermansyah kini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan bersama pasangannya, Atta Halilintar hujung tahun ini.
Atta yang juga personaliti YouTube dan pelakon terkenal di negara jiran itu dikhabarkan masih belum bertemu bakal ibu mertuanya itu.
Memetik laporan Tribunnews, Atta mengatakan dia tidak akan melangsungkan perkahwinan selagi tidak mendapat restu dari Krisdayanti.
"Kami tidak akan berkahwin selagi tidak mendapat restu, perkara ini amat penting sekali.
"Buat masa ini, doakan kami, kami masih belum boleh membuat persediaan setakat ini memandangkan pandemik COVID-19 masih melanda," katanya.
Terdahulu, para peminat meminta Hatta untuk bertemu Krisdayanti bagi meluahkan hasratnya mengahwini anak penyanyi tersohor itu.
Sumber : tribunnews.com