Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak Lelaki Masuk Hospital, Shima Anuar Tetap Penuhi Permintaan Laksam

Zulaikha Yusof
09/09/2020 00:42 MYT
Pelakon Shima Anuar memaklumkan anak lelakinya, Mikhael Imaan telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas mengalami demam panas.

Ketika dihubungi Gempak, Shima berkata ini merupakan kali pertama Mikhael jatuh sakit.

"Mikhael kene demam panas masa kami sekeluarga berada di Desaru, Johor pada Sabtu lalu.

"Mula-mula ingatkan demam biasa saja tapi bila bagi ubat tak kebah juga.

"Jadi, pada hari Isnin lalu kami bawa dia jumpa dengan doktor, tu yang kena tahan di hospital.

"Mikhael tak pernah sakit sebelum ini mungkin sebab tu yang macam teruk sikit.

"Tapi alhamdulillah keputusan darah dah keluar, semua negatif," katanya.

Dalam pada itu, pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A tetap meneruskan perniagaan menjual laksam memandangkan sudah menerima tempahan daripada pelanggan.

"Saya dengan suami kena bergilir-gilir jaga Mikhael sebab nak jaga Sophia sekali.

"Bisnes laksam saya masih berjalan macam biasa sebab dah dapat tempahan awal. Pelanggan pun dah bayar," katanya mengakhiri perbualan.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada April 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

#Anak #Sakit #Shima Anuar #Sakit #Laksam