Hiburan

Anak Lelaki Mia Ahmad Jatuh Sakit Masa Hari Jadi

gempak
Zulaikha Yusof
29/09/2020
01:50 MYT
Sponsor Banner
Anak Lelaki Mia Ahmad Jatuh Sakit Masa Hari Jadi
Pelakon Mia Ahmad memaklumkan anak lelakinya, Sayf Issa terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan awal pagi semalam.
Menurut Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi, 32, Issa menggeletar ketika sedang tidur namun punca penyakit tidak didedahkan.
"Pukul 2 pagi Issa menggeletar dalam tidurnya. Kesian baby boy," tulisnya di Instagram Stories.
Perkongsian itu disertakan dengan foto Issa sedang mendapatkan rawatan.
Dalam pada itu, isteri kepada Mohd. Izham Tarmizi yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) turut menitipkan ucapan sempena hari kelahiran Issa yang kedua pada 28 September lalu.
Dalam petikan itu, pelakon drama Hati Perempuan memohon untuk sama-sama mendoakan agar kesihatan Issa kembali seperti biasa.
"Kepada anak pertama yang dilahirkan, Sayf Issa. Hari anda datang ke dunia adalah hari yang mengubah hidup saya selama-lamanya.
"Anda membuat saya jadi ibu. Saya mengambil masa untuk memahami sepenuhnya apa yang telah berlaku.
"Anakku, aku mencintaimu sebelum aku mengenalimu, aku mencintaimu sekarang, setiap hari di antara, dan setiap hari selepas ini.
"Tidak kira bagaimana dunia kita berubah, anda akan selalu menjadi yang pertama. Kami akan saling mencintai, dan akan membesar bersama, dan saya teruja melihat masa depan.
"Issa kurang sihat hari ini, minta semua doakan Issa cepat sembuh ya," tulisnya lagi.
Mia mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa dan Iris.
Gempak masih mencuba untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Mia, namun belum menerima sebarang respons.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024