Laman Utama
Anak Malaysia Cipta Penghawa Dingin Mesra Alam Pertama Di Dunia & Paling Penting Menjimatkan Elektrik!
WKL Group (WKL) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pengeluar penghawa dingin mesra alam pertama di dunia.
Penghawa dingin tersebut memiliki teknologi terkini untuk mengubah sisa buangan yang dikeluarkan oleh pemeluwap penghawa dingin konvensional (unit luar) menjadi sejuk dan udara dilembapkan.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group, Dr. Low Wai Koon memberitahu dengan itu, ia mengubah pemeluwap penghawa dingin itu menjadi unit penyejuk tambahan yang berfungsi seperti penyejuk udara.
Tambah beliau, produk itu dibangunkan melalui kajian dan pembangunan (R&D) yang dijalankan selama 12 tahun yang dikenali dengan jenama Evoair.
"Projek ini sudah berjalan sejak 12 tahun lalu menerusi penyelidikan dan pembangunan inovasi berterusan ke atas sistem penyaman udara mesra alam yang mampu menyumbang ke arah gaya hidup hijau dan menyumbang kepada pemuliharaan planet bumi.
Katanya menerusi Evoair, pengguna boleh memilih untuk meletakkan pemeluwap penghawa dingin mereka di taman, balkoni atau dapur yang berfungsi sebagai unit penyejuk tambahan.
Justeru, Evoair direka untuk mentakrifkan semula sistem penyaman udara.
Jelasnya, menerusi penghawa dingin konvensional, pemeluwap penghawa dingin mengambil haba yang dikeluarkan dari dalam dan mengeluarkan haba yang terbuang pada suhu 55 Celcis dan kelembapan 20 peratus ke persekitaran yang memberi kesan bahaya kepada manusia dan benda hidup serta menimbulkan masalah berkaitan pemanasan global.
"Kita juga perlu menangani masalah pemanasan global lain yang membimbangkan hasil daripada pelepasan haba sisa dari pemeluwap penyaman udara konvensional kepada alam sekitar.
"Kami berminat dengan semangat untuk mencipta dan mempromosikan produk mesra alam yang bertanggungjawab memberi kesan positif kepada gaya hidup dan persekitaran.
"Inovasi teknologi hijau ini menyumbang ke arah gaya hidup yang lestari sambil menangani masalah pemanasan global yang dihadapi oleh industri HVAC," katanya.
Evoair ditawarkan pada harga antara RM1,900 hingga RM2,900 seunit membolehkan pengguna meletakkan pemeluwap penghawa dingin di balkoni, dapur atau di taman yang berfungsi sebagai unit penyejuk tambahan.
Mengulas lanjut, beliau menerangkan, produk tersebut turut memberi penjimatan elektrik yang baik iaitu sekitar 20 peratus pada waktu pagi dan akan terus meningkat kepada 45 peratus menjelang waktu tengah hari.
Must-Watch Video