Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Anak Mat Redho Hilang Ditemui Selamat - “Our Boy Is Found Safe And Sound, Unharmed”

Khairil Khusyairi
21/10/2024 08:23 MYT
Anak pelakon Mat Redho yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pulang dari sekolah sebelum ini akhirnya ditemukan selamat.

Perkara tersebut disahkan isteri Mat Redho di Instagram (IG) pada petang Isnin.

Haq Medin, 7, yang kali terakhir dikesan di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 dilaporkan selamat dan tiada sebarang kecederaan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah, our boy is found safe and sound, unharmed. Thank you so much for everyone that help on spreading the news, really appreciate.

“Saya doakan semoga kalian semua sentiasa dilindungi, diberkati dan dipermudahkan segala urusan, ameen ya Allah,” kongsinya.

Dalam perkongsian berbeza, Mat Redho turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam urusan mencari anak lelaki kami..semoga kerjasama yang tuan/puan laksanakan berbalas dengan kebaikan.

"Thanks to all. Thanks to Balai Polis TTDI. Thanks pihak sekolah. Thanks to pihak transit dan pengurusan," kongsinya.

Terdahulu, Mat Redho berkongsi anak lelakinya itu dilaporkan hilang selepas dipercayai pulang dari sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Mat Redho Dilaporkan Hilang Di TTDI

#Anak Hilang #Mat Redho #Hilang #Selamat #ditemui
;