Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Anak Menang Pertandingan Menari Di Paris, Isteri Lan Solo Nasihat Netizen, Jangan Pandang Rendah Minat Orang Lain - “Jaga Hati Supaya Tak Terus Membenci…”

Mya Amri 13/05/2025 | 02:58 MYT

Isteri kepada penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim akui berasa gembira melihat perjalanan seni anaknya, Nur Amna Qaleesya yang berjaya mengharumkan nama negara selepas dinobatkan sebagai juara kategori tarian kuartet di acara ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis baru-baru ini.

Usaha tak mengkhianati hasil

Bagaimanapun menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Sheila memaklumkan Amna juga tidak terlepas daripada menerima kecaman walaupun masih bertatih dalam dunia seni.

“Bukan bangga… tapi gembira dan bahagia. Sejauh ini perjalanan anak-anak ini bersama-sama untuk merealisasikan satu impian yang dihadiahkan dengan sebuah kemenangan.

“Siang malam anak-anak ini bersama jurulatih mengerah segala tenaga untuk mencapai kejayaan seperti yang Allah izin.

Dalam hantaran yang sama, Sheila juga menasihat supaya orang ramai tidak memandang rendah terhadap minat orang lain dalam sesuatu bidang.

“Guys jangan penah pandang rendah dengan minat sesiapa pun. Sebab rezeki antara kita adalah berbeza-beza.

“Jaga jaga hati supaya tak terus membenci sebab kita tak tahu apa yang akan jadi hari depan kita nanti.

“Untuk anak-anak tahniah, terima kasih buat Pengetua Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, jurulatih tari, PK HEM, PK SENI, PIBG, ibu bapa dan sesiapa sahaja kalian yang ada bersama-sama dalam perjalanan ini.

“Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan kalian. Mommy belum move on lagi, izinkan mommy spam banyak banyak kenangan terindah ni ya,” tulisnya.

Terdahulu, Amna melakar kejayaan tersebut bersama dengan pasukan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL).

Difahamkan, Amna bersama tiga lagi wakil dari SSEMKL berjaya menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia.

#Lan Solo #Paris #Tarian #Menang #Anak Lan Solo #Nur Amna Qaleesya #Shiela Razlan