HIBURAN

Anak Meragam Selepas Ayda Jebat ‘Upload’ Foto Atau Video Di Laman Sosial - “Dulu Saya Tak Tahu Fasal Penyakit Ain…”

Asyikin Mayudin 22/06/2025 | 09:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berkongsi pengalaman dia sekeluarga pernah terkena dengan penyakit ain selepas memuat naik perkongsian di media sosial.

Pujian netizen

Menerusi perkongsian di TikTok Mingguan Wanita, Ayda berkata anak-anaknya mula meragam selepas dia memuat naik foto dan mendapat pujian daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Kongsi Foto Ketika Pernah Berambut Pendek - “Masa Ini Ramai Gila Perempuan DM”

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat Rela Hati Tinggal Bersama Mentua Selepas Berkahwin - “Ibu Mentua Tak Kasi Saya Masuk Dapur Sebab…”

ARTIKEL EBRKAITAN: Ayda Jebat Tak Buat Kerja Rumah Sepanjang Duduk Dengan Mentua - “Inilah Waktu Yang Kita Dah Bersedia Untuk…”

“Saya baru perasan, kan orang cakap fasal penyakit ain. Dulu saya tak tahu fasal penyakit ain ini. Tapi bila kita baca, kita imbau balik… betul, setiap kali saya post video anak saya.

“Contoh orang akan komen ‘baiknya, behave la dia, comel la dia, saya pun nak anak macam itu la’. Malam nanti atau esok pagi, dia akan buat perangai.

“Sampai kita rasa kenapa dia tak nak dengar cakap. Dia akan jadi berbeza dengan apa orang cakap,” kongsinya.

Berulang kali

Menurut Ayda lagi, perkara itu berulang kali berlaku setiap kali dia memuat naik perkongsian mengenai anak-anaknya di media sosial.

“Benda ini jadi berulang kali setiap kali saya post. Lepas itu saya cakap dekat Nabil, yang saya baru perasan orang cakap fasal ada penyakit ain ni.

“Setiap kali saya post, esok ke lusa ke, mesti ada sesuatu yang jadi. Saya terfikir juga kenapa ya. Contoh macam orang cakap ‘adik tembam la’, esoknya dia demam, lepas itu dia tak boleh makan,” ujarnya.

Berjaga-jaga

Sememangnya berhati-hati dalam perkongsian, bagaimanapun Ayda tidak dapat mengelat untuk berkongsi mengenai anak-anak di media sosial berikutan ada yang melibatkan kerja.

“Betul kita kena berjaga-jaga untuk berkongsi. Tapi nak buat macam mana, kita bekerja dan memang anak-anak pun terlibat dalam kempen dan iklan.

“Kadang-kadang macam nak hadkan pun susah. Sebab ada benda yang kita kena post untuk kempen dalam masa yang sama kena jaga-jaga,” katanya.

Tayang anak

Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun ini juga percaya penyakit ain antara salah satu sebab segelintir selebriti enggan menayangkan anak mereka di laman sosial.

“Kepada selebriti yang tak nak tayang anak sebab takut terkena penyakit ain, ia memang betul, bukan cerita bohong. Media sosial kan main peranan penting.

“Sebab itu selebriti rasa macam nak post tapi nanti kena balik. Kalau tak post pun kena balik. Tapi ada juga yang saya tak post walaupun banyak saja gambar-gambar anak dalam telefon,” ujarnhya.

#Ayda Jebat #Penyakit Ain #Anak Ayda Jebat