Berita

Anak Minta iPad Jika Dapat 10A, Dr Sheikh Muszaphar Dalam Dilema

gempak
Syafiqah Jalal
17/05/2019
07:18 MYT
Sponsor Banner
Anak Minta iPad Jika Dapat 10A, Dr Sheikh Muszaphar Dalam Dilema
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar berada dalam dilema sama ada mahu menunaikan keinginan anaknya, Sophea Isabella, 8, yang mahukan tablet jenama iPad.
Menurut Dr Sheikh Muszapahar, anaknya yang mesra dengan panggilan Bella memintanya untuk membelikan iPad jika dia berjaya mendapat keputusan 10A di peperiksaan Sekolah Rendah Agama.
Sehingga kini, pakar bedah ortopedik itu masih tidak memberikan kata putus dan masih menanti sehingga keputusan peperiksaan anaknya keluar kelak.
“Bella goes to SRA Islamic School in the afternoon and this week is exam week. This time she targets 10A’s for her 10 subjects. Insya-Allah.
“And I am in a dilemma as she wanted an iPad if she gets 10A’s .Let’s see her results first – Haha.
“Bella got 9A1B in her last exam. A Daddy always keep his promise but this time I’m totally conflicted…” tulisnya.
Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama, dia turut memuat naik video anaknya yang sedang melakukan hafazan serta Bella sempat merayu bapanya untuk menunaikan permintaannya itu.
Rata-rata pengikutnya seronok melihat gelagat anak dan bapa tersebut.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama bersama anak mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live