Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Anak Minta Saya Ambil, Mana Datang Culik? ” – Badrul Muhayat

Fiza Kamarudin
30/12/2021 14:40 MYT
Pelakon Badrul Muhayat menafikan dakwaan bekas isteri, Julia Daud kononnya dia menculik dua anak mereka, Nur Delisha, 14, dan Badrul Hidayat, 11.

Badrul berkata dia juga enggan memanjangkan lagi isu ini dan menganggapnya sudah selesai kerana anak-anak sudah pulang ke rumah ibu mereka.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini saya tidak culik anak-anak saya. Mereka minta saya ambil. Dakwaan dia (Julia) tidak benar.

“Lagipun sekarang ni kan cuti sekolah, sepupu mereka ramai di Kuala Lumpur. Mereka pun dah beritahu ibu mereka seminggu sebelum ni.

“Saya ambil di rumah mentua hingga ia jadi kecoh tapi mereka benarkan saya ambil dan saya tidak umpil pintu sebab anak-anak ada kunci sendiri.

“Saya juga tidak mahu memanjangkan lagi isu ini kerana semuanya sudah selesai. Anak-anak pun sudah balik,” katanya kepada Gempak.

[[BACA: Umpil Pintu Rumah, Bekas Isteri Dakwa Pelakon Lelaki Bawa Lari Anak-Anak]]

Ditanya sama ada dia akan mengambil tindakan terhadap bekas isteri kerana membuat tuduhan palsu, Badrul berkata, dia sedang memikirkan perkara tersebut.

Namun katanya, semua itu tidak berbaloi kerana ia melibatkan anak-anak.

“Mula-mula saya terfikir juga tentang tindakan terhadap dia. Tetapi tak berbaloi kerana melibatkan anak-anak saya. Walaupun dia sudah menjatuhkan maruah saya di laman sosial dan berkata perkara tidak benar.

“Isu nafkah misalnya, dia tak ingatkah yang saya tanggung anak, saya bayar bulan-bulan duit pengasuh?.

“Memang saya pernah tidak konsisten soal nafkah kerana sedang susah, tetapi saya beri ikut kemampuan.

“Saya tak berlakon hampir tujuh tahun, kalau saya ada RM1,000 atau RM300 sekali pun saya tetap bagi ikut apa yang mampu,” katanya.

Tambah Badrul, dakwaan kononnya dia meninggalkan anak-anak di Balai Polis Slim River juga tidak benar.

“Saya ke Balai Polis Kuala Kubu Baru dan selepas itu ke Balai Polis Slim River kerana polis panggil untuk rakam percakapan saya dan anak-anak saya.

"Kebetulan bekas isteri dan suami juga ada di situ untuk di ambil kenyataan mereka. Selepas semuanya selesai, saya bertemu mereka dan serahkan anak-anak di situ.

“Dakwaan tinggalkan anak begitu saja tidak benar,” katanya kesal.

[[BACA: "Dia Dah Pulangkan Anak-Anak Saya" - Bekas Isteri Badrul Muhayat Nak Tuntut Hak Jagaan Anak]]

#Anak #Badrul Muhayat #Julia Daud