Berita

"Anak Muda Di Luar Sana, Jangan Abaikan Tanggungjawab Untuk Membantu Ibu Di Dapur" - Syed Saddiq

gempak
Rozaimi Zubaidi
29/05/2019
21:43 MYT
Sponsor Banner
"Anak Muda Di Luar Sana, Jangan Abaikan Tanggungjawab Untuk Membantu Ibu Di Dapur" - Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengingatkan generasi muda terutamanya golongan lelaki supaya sentiasa membantu ibu mereka dalam melakukan persedian membuat kuih raya di dapur.
Menerusi entri di Instagram (IG), Saddiq berkongsi pengalaman dia dan keluarga bergotong royong melakukan pelbagai jenis kuih raya sepanjang bulan Ramadan.
"Belajar buat kuih bersama YAB @drwanazizah. Dahulu, setiap kali masuk bulan Ramadan saya sekeluarga akan bersama ibu di dapur bergotong royong buat kuih raya. Kadang kala dari lepas sahur sampai ke masa berbuka.
"Paling best buat kuih tart, London Almond & Kuih Cornflakes sebab kalau buat banyak, quota makan pun lagi besar.
"Good times! Kepada anak muda di luar sana, jangan abaikan tanggungjawab untuk membantu ibu di dapur.
"It doesn’t make you any less of a man to help a woman in the kitchen. Shared responsibility," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Saddiq dan berharap agar ramai generasi muda yang dapat turut sama membantu keluarga dalam membuat kuih raya.
Ada juga yang sempat mengusik Saddiq dimana mereka mengajaknya untuk membuat kuih bersama-sama.
"@akimjais_:Okey Yb, ini saya suka Alhamdulillah massage positif itu sampai. Betul tu. Lelaki masuk dapur lagi gentleman gittew."
"@afnanharizz: Every year menjadi kepastian untuk saya menolong Ibu di dapur bagi membantu membuat kuih raya."
"@syasyaakhan: Ok. Next year teman saya pulak buat kuih ya!."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live