Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Anak Muda Di Luar Sana, Jangan Abaikan Tanggungjawab Untuk Membantu Ibu Di Dapur" - Syed Saddiq

Rozaimi Zubaidi 29/05/2019 | 21:43 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengingatkan generasi muda terutamanya golongan lelaki supaya sentiasa membantu ibu mereka dalam melakukan persedian membuat kuih raya di dapur.
Menerusi entri di Instagram (IG), Saddiq berkongsi pengalaman dia dan keluarga bergotong royong melakukan pelbagai jenis kuih raya sepanjang bulan Ramadan.
"Belajar buat kuih bersama YAB @drwanazizah. Dahulu, setiap kali masuk bulan Ramadan saya sekeluarga akan bersama ibu di dapur bergotong royong buat kuih raya. Kadang kala dari lepas sahur sampai ke masa berbuka.
"Paling best buat kuih tart, London Almond & Kuih Cornflakes sebab kalau buat banyak, quota makan pun lagi besar.
"Good times! Kepada anak muda di luar sana, jangan abaikan tanggungjawab untuk membantu ibu di dapur.
"It doesn’t make you any less of a man to help a woman in the kitchen. Shared responsibility," tulisnya.

Belajar buat kuih bersama YAB @drwanazizah . . Dahulu, setiap kali masuk bulan ramadhan saya sekeluarga akan bersama ibu di dapur bergotong royong buat kuih raya. Kadang kala dari lepas sahur sampai ke masa berbuka ?. . Paling best buat kuih tart, London Almond & Kuih Cornflakes sebab kalau buat banyak, quota makan pun lagi besar?. . Good times! Kepada anak muda di luar sana, jangan abaikan tanggungjawab untuk membantu ibu di dapur. It doesn’t make you any less of a man to help a woman in the kitchen. Shared responsibility.

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh Saddiq dan berharap agar ramai generasi muda yang dapat turut sama membantu keluarga dalam membuat kuih raya.
Ada juga yang sempat mengusik Saddiq dimana mereka mengajaknya untuk membuat kuih bersama-sama.
"@akimjais_:Okey Yb, ini saya suka Alhamdulillah massage positif itu sampai. Betul tu. Lelaki masuk dapur lagi gentleman gittew."
"@afnanharizz: Every year menjadi kepastian untuk saya menolong Ibu di dapur bagi membantu membuat kuih raya."
"@syasyaakhan: Ok. Next year teman saya pulak buat kuih ya!."
#Menteri Belia Dan Sukan #Syed Saddiq
;