Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Anak Orang Ditimangkan, Anak Sendiri Ditinggalkan" - Muat Naik Foto Bersama Kanak-Kanak Perempuan, Netizen Tidak Puas Hati Dengan Kapsyen Abu Sufyan

Zulaikha Yusof 27/05/2019 | 21:02 MYT
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan berkongsi sekeping foto yang telah mengundang kecaman netizen.
Foto yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya menunjukkan Abu Sufyan mendukung seorang kanak-kanak perempuan.
"Anak syurga. Moga Allah jadikan kita seorang ayah yang baik," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak berpuas hati dengan kapsyen yang ditulis kerana Abu Sufyan telah menceraikan bekas isterinya, Ain 'Afini Latif yang sedang hamil.
Abu Sufyan tidak mendiamkan diri lalu membalas beberapa komen netizen.
Abu Sufyan sah bercerai dengan Ain 'Afini menerusi aplikasi Whatsapp Mac lalu selepas berlaku penambahan fakta kepada mahkamah.
Abu Sufyan mendirikan rumah tangganya bersama Ain 'Afini pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahiran cahaya pertamanya pada 10 Julai depan.
Terdahulu, tular di media sosial bekas isteri PU Abu, Aina 'Afini mendakwa diceraikan suaminya kerana seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun Instagramnya mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil.

Anak syurga ? . Moga Allah jadikan kita seorang ayah yang baik.

A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on

#PU Abu Sufyan
;