Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Pandai Baca Al-Fatihah, Netizen Puji Cara Didikan Hairul Azreen & Hanis Zalikha - “Otak Anak Baya Ni Memang Macam Span”

Azwa Rahman
18/03/2021 06:00 MYT
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mencuri perhatian wargamaya apabila anak bongsunya, Alisa Aisyah sudah pandai membaca surah Al-Fatihah.

Menerusi laman sosial Instagram, Hanis berkongsi sebuah video aksi Alisa yang kini berusia satu tahun 9 bulan itu membaca surah dengan bantuan ibunya.

“Alisa cuba belajar Al-Fatihah. Tengok @thealisaaisyah, bila dengar mommy suruh abang baca, baru dia pantas. Our cheeky little 1 year and 9 months old baby,” tulis Hanis di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi satu minit lebih itu, kelihatan Alisa duduk di bawah meja sambil membacakan surah tersebut dengan bantuan ibunya.

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Meskipun pelat dan masih tidak lancar, Alisa tetap menghabiskan surat tersebut dan tersenyum gembira selepas berjaya membacanya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya teruja melihat keletah Alisa yang pintar menghafal surah berkenaan walaupun baru berusia tidak sampai dua tahun.

Malah, ada yang turut memuji Hanis Zalikha dan Hairul Azreen atas didikan yang diberikan pada anak-anaknya.

Allah, Allah, Allah pandainya.. sebak pulak auntie,” kata pelakon Anita Baharom.

Anak-anak baya ni memang mudah serap semua benda yang parents ajar dan buat depan dia,” tulis seorang wargamaya.

Dah la comel, bijak pula tu. semoga jadi anak solehah ya sayang,” puji seorang wargamaya.

Start them young, Insyallah senang. Their brains macam sponge masa this age, senang nak absorb,” sokong seorang wargamaya.

Aww so clever girl. Congrats to mommy dan daddy didikan paling Allahuakbar,” ujar seorang wargamaya.

Pandainya alhamdulillah. Suka sangat tengok,” kata seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir suku juta tontonan daripada wargamaya.

#Hanis Zalikha #Hairul Azreen #Yusuf Iskandar #Alisa Aisyah
;