Anak Patah Tangan, Zed Zaidi Terpaksa...

Syafiqah Jalal
Ogos 4, 2020 07:46 MYT
Anak sulung kepada pelakon Zed Zaidi, Ryan Zikry, 8, dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas mengalami patah tangan kanan.

Justeru, Zed berkata dia terpaksa menjaga dan menguruskan anaknya sendiri di hospital dari makan, mandi dan sebagainya.

“Kesian abang Ryan ! Tangan patah...

“Terima kasih daddy for taking care of abang Ryan.

“Daddy temankan tidur kat hospital, ke tandas kencing , berak, makan ubat, mandi, lap, dressing, semua la daddy buat.. you are my hero daddy,” katanya.

Zed berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik video yang merakamkan beberapa momen sepanjang menjaga anaknya di hospital.

Dari entri terdahulu, Zed memberithau anaknya dimasukkan dihospital sebelum Hari Raya Korban lagi dan terpaksa menyambut Aidiladha di sana.

Zed dan isteri, Nataliza Mustafa selamat mendirikan rumah tangga pada 29 April 2011 dan mereka turut dikurniakan anak kembar tahun lalu.

#Anak #Zed Zaidi #Patah Tangan