Pelakon Anzalna Nasir bermurah hati untuk menaja produk rambut miliknya Anzel Hair kepada anak peminat yang baru berusia enam tahun yang berdepan masalah rambut kronik.

Kongsi Anzalna di Instagramnya, dia mendapat kiriman mesej langsung dari seorang pengguna memaklumkan keadaan rambut anaknya yang bermasalah.

"I berbesar hati nak sponsor anak Puan @haaaneeemm product @anzelhair sebab mak dia pandai buat lawak dan I terhibur baca ni!

"Hahahhahahahha I love funny people! InsyaAllah lepas ni dia bangun tidur jadi Rapunzel! Goodbye Kak Limah," tulis Anzalna.

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)


Menerusi tangkap layar yang disiarkan di Instagramnya, pengguna terbabit menghubungi Anzalna untuk bercerita masalah rambut anak perempuannya yang disifatkan seperti 'Kak Limah'.

Kak Limah merupakan watak ikonik filem Hantu Kak Limah yang diterbitkan oleh sutradara tersohor, Mamat Khalid.

"Cuma nak tanya ada tips atau cara tak macam mana na buat rambut anak saya supaya tak kusut di hujung rambut dia.

"Dia enam tahun. Kasihan tengok bila bangun pagi Kak Limah pun pengsan tengok dia. Tapi dia nak rambut panjang, nak macam princess.

"Bila tunjuk rambut Anzalna dia cakap nak rambut macam tu. Menangis mak dia di bucu katil memikirkan nasib rambut anak yang masih kecil tapi dah tersangkut di skala satu," tulis pengguna berkenaan.

Perkongsian Anzalna itu mendapat pelbagai respon yang rata-ratanya terhibur dengan situasi berkenaan.

Malah, ada yang mencuba nasib menulis komen-komen lucu untuk mendapatkan produk tersebut.

Sementara itu, jangan lepaskan peluang menonton Kampong Pisang Bersiri-siri yang menghimpunkan barisan watak komedi daripada francais terdahulu Mamat Khalid antaranya, Pak Jabit dan Husin daripada filem Zombi Kampung Pisang, Kak Limah (Hantu Kak Limah), Cik Purnama, Chomprak, Joko Anuar, Pembantu Perubatan (Hantu Kak Limah Balik Rumah) dan penampilan watak Barkoba daripada 16 dan 17 Puasa.

Kampong Pisang Bersiri-Siri bersiaran sebanyak 12 episod bermula 7 Disember, setiap Isnin, pukul 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).