Anak Pengasas Dnars Masih Tak Percaya Dapat Hak Sementara Jagaan Adik - "Dia Sendiri Memilih..."
Syafiqah Jalal
31/05/2023 04:11 MYT
31/05/2023 04:11 MYT
Anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare, Irdiena Hakim Jasman, 20, masih tidak percaya berjaya memperoleh hak penjagaan sementara ke atas adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, pada Isnin lalu.
Kata Irdiena yang menggelarkaj dirinya sebagai Dnar, dia tidak menyangka adiknya Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10, itu memilih untuk tinggal bersamanya.
"Welcome home adik ku Qaseh. Unexpected day tapi Allah Maha Kaya. Tiada apa yang mustahil, maka jadi, jadilah
"Masih tak percaya dengan keputusannya tapi inilah kehendaknya, dia sendiri memilih. Simpan sini buat kenangan," tulisnya di entri TikTok miliknya.
Menerusi dua entri berkenaan dia memuat naik beberapa keping gambar saat adiknya diserahkan kepadanya serta video pulang ke rumah.
undefined Pada Isnin lalu, keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Zaini Sulaiman selepas Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10, memilih untuk tinggal bersama plaintif-plaintif iaitu kakaknya, Irdiena Hakim Jasman, 20, nenek, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudara, Faradilla Rohban Ahmad, 36.
Mahkamah sebelum itu bertanyakan Qaseh Khadija sama ada dia memilih untuk tinggal bersama siapa dalam prosiding yang dijalankan di kamar hakim.
Dalam keputusan itu, defendan iaitu bapa kandung kanak-kanak itu, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, mendapat akses dan lawatan ke atas anak tersebut.
Pada Mac lalu, plaintif-plaintif memfailkan tuntutan hadhanah melalui Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz bagi mendapatkan hak lawatan, bermesra dan bermalam.