Bekas isteri pendakwah bebas Da'i Farhan, Dr. Erin mendedahkan anak perempuannya, yang dikenali sebagai Yaya sering menjadi mangsa ajukan dan ejekan kerana warna kulitnya yang agak gelap berbanding adik beradik yang lain.

Menurut Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi, dia berasa sayu melihat situasi yang dialami anaknya itu memandangkan usianya masih mentah.

"Little me.. Anak yang sangat merendah diri..Orang selalu ajuk dia anak sapa?? Napa kakak-kakak dan abang-abang semua putih dia seorang ja hitam.

"Dia akan senyum macam tu jela. Sambil kata nak buat macam mana dah Allah bagi Yaya jadi hitam.

"Kita sebagai mak ni gelak-gelak juga la bila orang melawak kan tapi tetap kita akan rasa sayu tengok anak kita walaupun dia senyum.

"Budak-budak kan kita ingat dia senyum macam ok tapi kita tak tau apa yang dia tanam dalam diri dia. Bertabah la anak mama," tulisnya di Instagram (IG).

Nasihat Erin, dia berharap anaknya itu kuat menghadap kata-kata 'pedas' dengan senyuman.

Katanya, apa yang penting adalah mempunyai hati yang putih dan bersih.

"Ni baru umur 5, 6 tahun dah kena hadap dengan mulut-mulut makcik pakcik. Esok ni masuk tadika akan jumpa dengan kawan-kawan yang mulut puaka juga.

"Perlu kita sentiasa berlapang dada senyum selalu walaupun apa orang kata ye Yaya. Kesian hitam manis mama ni. Biar kulit tak putih gebu janji hati mau putih bersih na," tulisnya lagi.

Rumah tangga Farhan dan Erin runtuh selepas wanita itu mendakwa diceraikan pada 27 April lalu.

Erin mendakwa bekas suaminya sudah kembali rujuk dengan isteri pertama, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu, atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

Kontroversi membabitkan pasangan ini bermula apabila apabila Farhan mengumumkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Makkah.

Situasi menjadi semakin panas apabila Fatin turut membuat pengakuan sudah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.



Instagram: @drholisw