HIBURAN
Anak Perempuan Edika Yusof Masih Tinggal Bersama, Tak Setuju Jika Ibu Bapa Bercerai - “Sebagai Ayah, Saya Menjadi Tempat Untuk…”
Pelakon Edika Yusof mengakui anak perempuannya masih tinggal bersama dengan dia.
Kata Edika, 58, hubungan antara anak perempuan dengan isterinya tidaklah begitu rapat membuatkan dia sebagai ayah perlu memberi nasihat yang baik buat mereka berdua.
“Anak perempuan dengan saya. Dia tidak mahu mengikuti ibunya. Masalah sebenarnya anak perempuan saya tidak berapa rapat dengan isteri.
“Jadi sebagai ayah, jadi saya menjadi tempat untuk anak saya meluah dan memberi nasihat.
“Nasihat kedua-dua pihak sudah diberi tetapi tidak jalan. Jadi saya pun sudah tidak tahu nak buat apa lagi,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, pelakon yang terkenal filem Maria Mariana turut berkata anak kandung dan anak tirinya tidak bersetuju dengan perceraian yang diusahakan oleh isterinya.
Namun begitu, dia berharap agar semua pihak dapat berlaku adil dalam membuat sebarang keputusan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
“Anak perempuan dan anak tiri mereka tidak mahu penceraian ini berlaku. Anak saya tadi pun kata dia tidak mahu ikut. Tapi silaturrahim bersama ibunya tiada masalah,” jelasnya.
“Tapi bagi saya, dia kena berlaku adil dan tidak menyebelahi sebelah pihak sahaja. Apa-apa pun, keputusan kena bertanya kepada saya. Jangan sampai tidak hubungi saya langsung apa-apa pun semua boleh bincang ,” jelasnya.
Bagaimanapun, Edika meluahkan rasa kesal kerana isterinya tidak lagi berhubung dengan dirinya sejak dia melangkah keluar dari rumah mereka meskipun dia terbuka untuk berbincang perkara itu dengan baik.
“Sejak isteri saya keluar rumah, dia langsung tidak menghubungi saya. Saya tidak ada masalah dan terbuka. Apa yang nak jadi, saya okay. Kita buat yang terbaik sahaja,” luahnya.
Pagi tadi, berlangsungnya sebutan kedua bagi kes permohonan cerai Nor Hidayah yang dibuat pada pertengahan Februari lalu. Mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.
Sebelum ini, kisah pasangan tersebut meraih perhatian ramai apabila Edika setia menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.