Laman Utama

Anak Perempuan Mustapha Kamal Curi Tumpuan, Wajah Dikatakan Mirip Kylie Jenner! - “Finally, Pewaris Megah Holding”

Azwa Rahman
04/01/2022
08:20 MYT
Anak perempuan kepada aktor hebat Mustapha Kamal dan isteri Susan Manen, Salsabil Qur’ani mencuri perhatian ramai apabila wajah comelnya itu dikatakan mirip selebriti Hollywood, Kylie Jenner.
Menerusi platform TikTok, Salsabil, 18, yang merupakan anak nombor tiga berkongsi sebuah video bersama Mustapha ketika meraikan ulang tahun kelahiran bapanya itu untuk tatapan umum.
“Happiest belated to my #1 papa @mustaphakamaal. We love you always,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Salsabil dilihat menari bersama Mustapha sambil diiringi lagu yang menjadi trend di TikTok berjudul Habibi.
@salsabil.qurani Happiest Belated to my #1 papa @mustaphakamaal ♬ habibi - gs
Bukan itu sahaja, selain daripada ucapan hari lahir, rata-rata wargamaya tertarik dengan wajah dan aksi Salsabil yang juga dikatakan ada iras pelakon Spider-Man, Zendaya.
Malah, ramai juga yang mengusik bahawa Salsabil merupakan pewaris bagi Megah Holding, di mana Mustapha sebagai penaung bagi ‘syarikat mewah’ tersebut.
@kintanFinally... dah tahu siapa pewaris Megah Holding.”
@virgoShe reminds me of young Kylie Jenner?
@Bella:Ingat minah salleh mana tadi. cantik betulll.”
@Minju suka budu:Zendaya melayu.”
“@✨:Kylie Jenner is that you???
@hda:muka dia ada iras kylie Jenner do.”
@Aicalowkey looks like Kylie but also Zendaya WHAT!”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada warga TikTok.
Sekadar info, selain Salsabil, Mustapha dan Susan dikurniakan tiga orang lagi anak iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem dan Naqli Qaddiem.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Jika Dikritik Saya Terima Dengan Hati Terbuka” - No More Megah Holding! Hariz Hamdan Cabar Diri Keluar Zon Selesa

gempak
14/04/2023
07:50 MYT
All the best Hariz!
Laman Utama

Anak Persis ‘Kylie Jenner’, Mustapha Kamal Akui Tak Gemar Salsabil Qur’ani Ceburi Bidang Seni - “Bukan Mahu Menghalang Tapi Saya…”

gempak
23/11/2022
00:52 MYT
Cantik anak Mustapha Kamal ni...