Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Perempuan Pukul Ibu Strok Sampai Maut, Mengaku Tak Tahan Karenah

Gempak
02/06/2023 04:25 MYT
Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang di sini.

Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.



Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.

Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang, Perlis.

Ketua Polis Daerah Arau Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar telah menerima panggilan telefon daripada petugas Hospital Tengku Fauziah pada 5.30 pagi berhubung insiden itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pihak hospital menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan wanita itu disahkan meninggal dunia pada 4.30 pagi.

Beliau berkata punca kematian belum diketahui dan masih menunggu keputusan makmal.

Katanya anak perempuan mangsa yang berumur 34 tahun membuat pengakuan telah memukul warga emas itu menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala pada 9 pagi semalam.

Ahmad Mohsin berkata hasil temu bual mendapati suami suspek, juga berusia 34 tahun, turut terlibat dalam kejadian itu berdasarkan keterangan yang meragukan.

Beliau berkata suspek mendakwa punca pertengkaran kedua-dua beranak bermula apabila anak perempuan mangsa tidak tahan dan terlampau tertekan dengan karenah warga emas itu yang mengalami strok di bahagian badan sebelah kiri.

"Kedua-dua suspek tidak mengaku membunuh si mati dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ahmad Mohsin berkata polis akan membuat permohonan reman terhadap kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kangar esok.

Sumber - BERNAMA

#Viral #Anak #Perlis #Pukul #Ibu #Maut #Kangar #Karenah
;